Wednesday, May 4, 2011

lelaki sperti ini :)

tady aku walkingwalking blog .
then aku tengok blog cik epal . pasal lelaki idaman .
gilaaaa superp ! haha


Asyik lelaki je nak cakap pasal perempuan. Meh sini lah perempuan cakap pasal lelaki pulak. Lelaki ni sikit sikit nak kutuk perempuan. Kau nanti nak kawen dengan perempuan jugak. Ouh tak pe disebabkan aku baik hari ni. aku tak ada lah nak kutuk lelaki sangat. Just kalau lah aku dapat lelaki yang macam ni kan best.


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati.
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti apabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulullah SAW

Wahai lelaki, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.


DONE .


bagus :)
laky macam nih bole buad laky ye mokcik mokcik ? hee
serious . mmg ade sedikit ciriciri dekad boyf aku .
gilaaa bangga aku kan ?
-_______-